top of page
darah.png
  • Facebook
  • Instagram

Like our facebook page for next blood donation drive and updates

htidarah.jpg

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memberitahu, program ujian saringan di seluruh negara itu turut mendapat kerjasama daripada Drug for Neglected Diseases Initiative (DNDi).

" Kami mengadakan program ini bersempena Hari Hepatitis C pada 28 Julai ini. Antara hospital dan klinik kesihatan yang terlibat termasuk Hospital Ampang, Hospital Selayang, Banting, Shah Alam dan banyak lagi.

" Penyakit ini boleh dirawat sehingga sembuh sekiranya dikesan awal melalui ujian saringan. Oleh itu, rebutlah peluang yang diberikan ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Dapatkan saringan Hepatitis C di klinik/hospital yang terdekat.

hiv.jpg

Secara umumnya, terdapat tiga cara HIV boleh dicegah dari
menjangkiti pasangan melalui seks. Pertama, menganggap semua
pasangan seks adalah pembawa HIV dan guna kondom setiap kali
hubungan seks dilakukan. Dengan kadar terlucut dan kebocoran
sebanyak 10%, pengurangan risiko akibat penggunaan kondom
secara universal dijangkakan hampir 90%. Walau bagaimanapun,
ramai juga yang menganggarkan keberkesanan pengunaan kondom
hanya kira-kira 70% sahaja. Kemungkinan pengurangan kadar
penularan virus yang nyata membuatkan WHO serta organisasi
antarabangsa yang lain memilih kondom sebagai kaedah
pencegahan utama.

 

Kedua, merupakan kaedah yang sering
dibincangkan oleh ramai adalah pengunaan vaksin. Sehingga hari
ini ianya masih dalam kajian. Walaupun satu hari nanti vaksin yang
sesuai dihasilkan, keberkesanannya dijangka akan berada di sekitar
60% sebagaimana ditunjukkan oleh vaksin untuk kolera hingga 95%
sebagaimana vaksin untuk penyakit measles.

 

Kaedah ketiga yang memberi harapan yang tinggi adalah ujian HIV secara sukarela.Bergantung kepada sensitiviti ujian dan “window period” strategi ini boleh mengurangkan risiko penularan 95% - 99% sekiranya mereka menggunakan maklumat status jangkitan HIV untuk menghindari hubungan seks. Ujian HIV secara sukarela yang disokong dengan kaunseling seharusnya menjadi sebahagian daripada tindakbalas utama kitadalam menangani AIDS.

hivscreen.png
diabetes.jpg
chiku.jpg

SARINGAN UJIAN THALASSEMIA

THALAS.jpg
thalss pengantin.png
thalassscreen.jpg
bottom of page